wahhh, hari ni aku lapar kari ikan mak..mak tunggu jenny nak balik kampung..nak peluk mak..nak sayang mak..hihihi raya cina ni cuti mid-sem hihihih boleh lah mak masak kari ikan mak yang perhhhh tu...tak sabarnya nak jumpa mak.... kat sini aku nak bagi bahan-bahan macam mana nak buat kari ikan yang nyumy!
Bahan-Bahan yang rahsianya tu :
½ kilo ikan kembung
5 ulas bawang
merah}di hiris
4 ulas bawang
putih}di hiris
1½ bungkus rempah
kari ikan}di campur dengan air asam jawa
2 tangkai daun
kari
5 biji tomato
6 biji kacang bendi
1 cawan pati santan
½ cawan air asam
jawa
garam
2 sudu teh minyak
masak
cara-caranya pula.. macam ni ye.....
panaskan minyak
kemudian masukkan bawang dan daun kari sehingga naik bau.
kemudian masukkan
rempah yang dicampur dng air asam jawa.
tggu shgga rempah
masak dan masukkan pati santan,tggu shgga mendidih.
akhir sekali
masukkan kacang bendi,ikan kembung,tomato dan garam secukup rasa.
Cadangan Hidangan:
masukkan kari ikan
ke dalam mangkuk yang besar dan hias dengan cili merah yang telah dibentuk.
No comments:
Post a Comment