header

Feb 6, 2013

terlewat lagi....

morningggg.... hahhahahha... hari ni aku terlewat bangun lah... alamak! ada lgi 10minit nak pergi kelas macammana ni... hummmm hihih sambung tidur balik lah... kelas QM (quantity measurement) hari ni sayangnya...dah lah kelas aku suka sangat tu... dari geotechnology dan hydraulic tu...susah lah! tak faham.. QM faham dan senang lah... highway tengah-tengah.. susah ada senang ada.. :) haaa dua orang kawan aku pula pergi kelas tak mandi sebab lewat bangun..tak per lah awal skit bangun dari aku..aku dengan iron baju pun tak lagi.. habis lah..pergi kelas pun kena halau balik tak per lah ponteng kelas hari ni hahahha jahatnya..sejak bila malas ya amatt ni jenny ANjell.... kawan aku dua orang tu tak mandi pun setakat gosok gigi ja... pergi gak kelas kan... hihi apa lah dengan aku ni.. sekarang dah hilang ilmu sikit humm sedihnya.... 
  
    # lepas ni jangan buat lagi yer#

♥ thank you so much for reading Dear! ^____^ ♥

politeknik sultan abdul Halim Muadzam Shah

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) merupakan sebuahpoliteknik yang terletak di Bandar Darulaman, JitraKedah. POLIMAS ditubuhkan dalam bulan Februari 1984 sebagai Politeknik Alor Setar dan ia menumpangkan bangunan asrama Sekolah Menengah Teknik Alor Setar.
Kumpulan pertama pelajar, lebih kurang 120 orang telah diterima belajar bagi sesi Julai 1984. POLIMAS berhasrat melatih pelajar-pelajar lepasan SPM dan SPMV bagi melahirkan tenaga kerja professional dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan.
Kampusnya terletak di kawasan seluas 28 hektar dalam daerah Kubang Pasu. Ia mula digunakan pada 14 Mac 1987 dan dibuka secara rasmi pada 23 Mac 1989 oleh DYMMTuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah terkini. Semenjak dari tarikh ini nama politeknik ini ditukar kepada Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, sempena nama baginda.

Visi

Menjadi pusat pendidikan dan latihan transformasional yang terunggul dan inovatif dalam bidang Kejuruteraan, Perdagangan dan Teknologi Maklumat di peringkat global menjelang 2015.

Misi


Menyediakan persekitaran pembelajaran dan latihan yang holistik untuk melahirkan modal insan yang kreatif,berdaya keusahawanan,kebolehpasaran tinggi dan berdaya saing global.
politeknik sultan abdul halim muadzam shah dah dapat pengarah baru.. Pn Asmara bt Sulong... :D 
azam aku bila dapat sambung belajar di POLIMAS mula-mula masuk dulu aku harap aku dapat habiskan diploma aku disini dengan jayanya dan berjaya serta aku dapat kerja yang selayaknya semasa berlajar di sini..wahhh ada 3 semester lagi tak sabarnya aku nak habis kan tempoh tu... nak kerja pegang duit sendiri pula..selepas tu boleh lah fikir banyak-banyak kali nak sembung degree ke tak.. hihihih sekarang lepas diploma nak rest otak jap.hahhahahahha aku harap azam aku tercapai dan dapat buktikan pada mak,pada family aku.. yang aku menghabiskan duit mereka ke arah kejayaan ku.. ^____^ InsyaAllah...

♥ thank you so much for reading Dear! ^____^ ♥

maybe just for this time.....

# selemah-lemah manusia ialah yang tak boleh mencari sahabat 
dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari #


terlampau Rindu saat bersama kawan-kawan kelas di polimas... terlampau rinduuu... berlima..bersama tapi sayangnya semua dah pecah gara-gara seorang kawan yang .. haishh entah nak komen. mungkin dia tak sedar diri dia yang buat orang sakit hati dengan dia, perlakuan dia yang tak pernah pikirkan perasaan orang lain.. kenapa? kenapa mesti berpecah persahabatan ni..bersama berlima walaupun ganjil dan aku jer yang 'Z' but we still sweet friends,right! aku cuma harap persahabatan aku dengan rakan-rakan lain masih baik, tak ada salah faham, tak ada hasd dengki or apa-apa lah..aku harap sangat sebab semua orang lain taw kita akan bersama.. ini dugaan dalam persahabatan yang baru terjalin.. humm tak apa lah..fikir sahaja mungkin Allah nak beri kita lagi terbaik dan nak bukak mata kita ni jelas-jelas diri seseorang tu..dia buat kesian kat orang ramai lagi lah orang-orang lain sakit hati dengan dia... kenapa? sikap dia tu.... sembahyang 5 waktucukup tapi hati macam bangkai tak ada guna jugak..kenapa tak boleh nak faham perasaan orang lain dan kenapa mesti pentingkan diri sendiri tu..?? dah bagus sangat ye... ye, dia semua ada..cantik... yup! diri dia yang cantik tu kepentingan dia kan..haihhh.... tak kemana kalau hati tak secantik rupa kan..wahai kawan, berubah lah... kami sayang hang sebab tu tolonglah jangan buat macam ni.. nanti pergi mana-mana buat orang sakit hati dan benci diri dia ja.. nak nasihat tapi tak nak dengar.. what we should do???
♥ thank you so much for reading Dear! ^____^ ♥

Feb 5, 2013

don't did it again!


Muhammad Anas !!! ya Allah, menitis air mataku saat melihat dia dengan kepala berbalut di hospital... apa dah jadi ni anas? kenapa buat jenny susah hati macam ni??? anas.... jenny dah pesan banyak kali dah... bawak moto tu slow-slow lah, degil! mama pesan akak pesan family pesan tak pernah dengar kan? kenapa ni sayang...?? ya , anas jenny tahu... " dah beringat, dah hati-hati" hummm ayat tu je kan kua... sayang, janji pada jenny jangan buat macam ni lagi anas.. jenny sedihh sangat tengok keadaan anas macam ni.. jenny tak nak suami jenny sakit macam ni.. hati ni pun turut sakit sayang..... janji ya pada jenny jangan buat lagi okey! jenny harap ini adalah iktibar buat anas okey, selepas ni memandu tu berhati-hati ya muhammad Anas! orang sayang dia sebab tu orang takut dia sakit.. perit tengok dia sakit malam tu...
~ boleh pula kan tersenyum.. siap buat peace lagi... kita?? orang sedih nangis tengok dia macam ni tahu!~

tolong teramat sangat dan tolong sangat-sangat jangan buat lagi ye.... pleass.. jenny dah rayu ni sebab jenny takut kehilangan dia.! ♥
wajah dekat kemalangan ..erhhhh




♥ thank you so much for reading Dear! ^____^ ♥

♥ __♥


♥  " Suamiku.... sesungguhnya Cintaku untukmu adalah bukti Cintaku kepadaNya....
redamu padaku ingin sekali kuraih agar bisa kugapai reda-Nya!
kerana sesungguhnya.......
 Syurgaku ada diwajahmu... " ♥ 

♥ thank you so much for reading Dear! ^____^ ♥

Feb 4, 2013

hari-hari Maggie !

Sedih mengenangkan nasib aku beberapa minggu ini... haiiiiishhh itu lah dapat duit PTPTN dah habis.... tapi, aku tak lah buat dan guna duit tu untuk bukan-bukan.. semua untuk diri aku jugak termasuk lah utang orang kena lah bayar kan..hihihi yelah aku bukan orang senang..dari orang yang susah dan sederhana.. duit tu pon untuk aku guna cukup makan semasa belajar di POLIMAS ni (semester 3 je, sem depan kira PT lain ye ^___^) kesian sungguh..dalam minggu ni hari-hari aku makan maggie kari jer... ni lah hasilnya.. maggie yang dimasak dan di tumis ..tak der lah macam ramuan maggie yang iklan kat tv tu.. Resepi maggie buatan sendiri lah.. :) buatan sendiri pun mesti semua orang penah buat sebab aku pun belajar masak dari mak tercinta juga... maggie kari yang ditumis bersama bawang merah + putih. dah mendidih masukan perasa maggie tu + sayur + telur + cili hidup +ikan bilis (kalau suka) huhu kalau aku rajin dan bajet lebih aku tambah fish ball ataupun fish cake.. hihihih kubis ker, :) wahhh lapar pula... humm hari-hari makan maggie kan.. insyaAllah aku topup balik dengan makanan berkhasiat nanti.. sekarang ni bajet lari lah..duit tak ada lah.. nanti kita makan sedap-sedap yer :)

♥ thank you so much for reading Dear! ^____^ ♥

Feb 3, 2013

Liyana Jasmay akhiri zaman bujang!


Tahniah kepada penyanyi + pelakon liyana jasmay... wahhhh dia dah akhiri zaman bujang dia..tahniah sekali lagi.. pengatin yang comel lah :) semoga bahagia...


KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI 2013: Hari ini, tanggal 2 Februari 2013 mengukir satu sejarah baru dalam hidup Liyana Binti Jasmay atau lebih dikenali dengan Liyana Jasmay, 24 apabila dia sah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan, 28 usai majlis pernikahan mereka berdua, sebentar tadi.
Bertempat di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, majlis penyatuan dua hati ini telah disempurnakan oleh bapanya, Dato' Hj Jasmay Md Shah yang menikahkan sendiri anak perempuan bongsunya itu dengan jejaka pilihan, Fathuddin Mazlan.
Dengan 2 kali lafaz, Liyana sah bergelar isteri kepada Fathuddin pada tepat jam 10.26 pagi dengan mas kahwin dalam bentuk gelang emas bernilai RM 5500 dan wang hantaran berjumlah RM 28, 388 dalam bentuk cek.
Majlis pada pagi ini turut diindahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga, saudara mara dan juga rakan-rakan selebriti serta media sempena hari bahagia penyanyi lagu Cinta Bersatu ini.
Kedua-dua ahli keluarga pengantin iaitu Dato' Hj Jasmay Md Shah dan Datin Hjh Habsah Simpon berserta Hj Mazlan Zakaria antara ahli keluarga terdekat yang hadir mewakili pasangan pengantin baru itu.
Pada majlis pernikahan ini, Liyana telah menerima 5 dulang hantaran manakala pihak lelaki pula menerima balasan 7 dulang hantaran.
Liyana tampil dalam busana indah berona putih dan pink ilham daripada pereka tersohor Jovian Mandagie. Tatarias diri pula telah disempurnakan oleh jurusolek kegemarannya, Tiar Zainal.
Majlis pernikahan ini diacarakan oleh Farish Aziz telah dimulakan dengan istiadat perbincangan diantara kedua-dua wakil pengantin mengikut cara tradisi lama lengkap berpantun sebelum kedua pengantin dibawa masuk ke dalam dewan.

                                                                                                                          # sumber dari murai.com#

♥ thank you so much for reading Dear! ^____^ ♥

kari ikan mak tersayang

wahhh, hari ni aku lapar kari ikan mak..mak tunggu jenny nak balik kampung..nak peluk mak..nak sayang mak..hihihi raya cina ni cuti mid-sem hihihih boleh lah mak masak kari ikan mak yang perhhhh tu...tak sabarnya nak jumpa mak.... kat sini aku nak bagi bahan-bahan macam mana nak buat kari ikan yang nyumy!

Bahan-Bahan yang rahsianya tu :
½ kilo ikan kembung
5 ulas bawang merah}di hiris
4 ulas bawang putih}di hiris
1½ bungkus rempah kari ikan}di campur dengan air asam jawa
2 tangkai daun kari       
 5 biji tomato
6 biji kacang bendi
1 cawan pati santan
½ cawan air asam jawa
garam
2 sudu teh minyak masak

cara-caranya pula.. macam ni ye.....
panaskan minyak kemudian masukkan bawang dan daun kari sehingga naik bau.
kemudian masukkan rempah yang dicampur dng air asam jawa.
tggu shgga rempah masak dan masukkan pati santan,tggu shgga mendidih.
akhir sekali masukkan kacang bendi,ikan kembung,tomato dan garam secukup rasa.
Cadangan Hidangan:
masukkan kari ikan ke dalam mangkuk yang besar dan hias dengan cili merah yang telah dibentuk.




♥ thank you so much for reading Dear! ^____^ ♥

apa boleh buat ........

 Hari ini kenapa isu ni nak bangkitkan? apa salah aku pada awak, kawan?? aku sayang awak..awak kawan saya.... awak buat perangai dalam rumah sewa ni pun aku still kawan dengan hang..sebab aku ni kesian taw..kesian kat hang tak ada kawan... nak aku mention nama ke? perlu ker?? hello kawan, datang politeknik ni nak belajar nak capai cita-cita bukan nak gaduh macam budak tak matang ni..kalau hang tak puas hati dengan aku..tak apa..datang jumpa aku dan luah lah..luah lah semuanya..aku ni kawan hang..aku dan syahiela kawan hang luah lah..kami tak pulau kan hang kawan kami tapi hang yang pulaukan diri hang sendiri ya... cukup-cukup lah perangai mengadu tu kalau hang sendri tak tahu puncanya..nak nampak baik ja..tahu tak semua ni salah hang!!! aku ni tak larat lah nak dengar cerita dari orang luar....
   # cukup-cukup lah wahai insan yang sebilik dengan aku ni!! #

♥ thank you so much for reading Dear! ^____^ ♥