Kumpulan pertama pelajar, lebih kurang 120 orang telah diterima belajar bagi sesi Julai 1984. POLIMAS berhasrat melatih pelajar-pelajar lepasan SPM dan SPMV bagi melahirkan tenaga kerja professional dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan.
Kampusnya terletak di kawasan seluas 28 hektar dalam daerah Kubang Pasu. Ia mula digunakan pada 14 Mac 1987 dan dibuka secara rasmi pada 23 Mac 1989 oleh DYMMTuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah terkini. Semenjak dari tarikh ini nama politeknik ini ditukar kepada Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, sempena nama baginda.
Visi
Menjadi pusat pendidikan dan latihan transformasional yang terunggul dan inovatif dalam bidang Kejuruteraan, Perdagangan dan Teknologi Maklumat di peringkat global menjelang 2015.
Misi
Menyediakan persekitaran pembelajaran dan latihan yang holistik untuk melahirkan modal insan yang kreatif,berdaya keusahawanan,kebolehpasaran tinggi dan berdaya saing global.
politeknik sultan abdul halim muadzam shah dah dapat pengarah baru.. Pn Asmara bt Sulong... :D
azam aku bila dapat sambung belajar di POLIMAS mula-mula masuk dulu aku harap aku dapat habiskan diploma aku disini dengan jayanya dan berjaya serta aku dapat kerja yang selayaknya semasa berlajar di sini..wahhh ada 3 semester lagi tak sabarnya aku nak habis kan tempoh tu... nak kerja pegang duit sendiri pula..selepas tu boleh lah fikir banyak-banyak kali nak sembung degree ke tak.. hihihih sekarang lepas diploma nak rest otak jap.hahhahahahha aku harap azam aku tercapai dan dapat buktikan pada mak,pada family aku.. yang aku menghabiskan duit mereka ke arah kejayaan ku.. ^____^ InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment